Monday 31 August 2009

Dr Zakir Naik





Dr. Zakir Naik gives a lecture on the topic : Muhammad in the Various World Religious scriptures

DR. ZAKIR NAIK - PRESIDENT, IRF

A medical doctor by professional training, Dr. Zakir Naik is renowed as a dynamic international orator on Islam and Comparative Religion. Dr. Zakir Naik clarifies Islamic viewpoints and clears misconceptions about Islam, using the Qur'an, authentic Hadith and other religious scriptures as a basis, in conjunction with reason, logic and scientific facts. He is 43 years old.

Dr. Zakir is popular for his critical analysis and convincing answers to challenging questions posed by audiences after his public talks. In the last 12 years (by the year 2008), Dr. Zakir Naik has delivered more than 1200 public talks in the U.S.A., Canada, U.K., Saudi Arabia, U.A.E., Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, South Africa, Italy, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapore, Hongkong, Thailand, Guyana (South America), Trinidad and many other countries, in addition to numerous public talks in India.

He has successfully participated in several symposia and dialogues with prominent personalities of other faiths. His public dialogue with Dr. William Campbell (of USA), on the topic, “The Qur’an and the Bible in the light of Science” held in city of Chicago, U.S.A., on April 1, 2000 was a resounding success.

His Interfaith Dialogue with prominent Hindu Guru Sri Sri Ravi Shankar on the topic ‘The Concept of God in Hinduism and Islam in the light of Sacred scriptures’ held at Palace Grounds, Bangalore, on 21st Jan. 2006, was highly appreciated by people of both the faiths.

In the issue dated 22nd Feb. 2009 of the Indian Express list of the “100 Most Powerful Indians in 2009” amongst the billion plus population of India, Dr. Zakir Naik was ranked No. 82. In the special list of the “Top 10 Spiritual Gurus of India” Dr. Zakir Naik was ranked No. 3, after Baba Ramdev and Sri Sri Ravi Shankar, being the only Muslim in the list.

Dr. Zakir Naik stood out most eloquently for Islam and Muslims in the present times on one of the leading and most respected News Channel of India, NDTV 24 x 7, during the ‘Guest this week’ interview programme “Walk the Talk” conducted by host Shekhar Gupta (Editor-in-Chief of Indian Express) telecast on 7th and 8th March 2009.

Sheikh Ahmed Deedat, the world famous orator on Islam and Comparative Religion, who had called Dr. Zakir, "Deedat plus" in 1994, presented a plaque in May 2000 awarded to Dr. Zakir Abdul-Karim Naik for his achievement in the field of Da’wah and the study of Comparative Religion with the engraving "Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdullilah.”

Dr. Zakir Naik appears regularly on many international T.V. Channels in more than 200 countries of the world. He is regularly invited for T.V. and Radio interviews. More than a hundred of his talks, dialogues, debates and symposia are available on VCDs and DVDs. He has authored books on Islam and Comparative Religion

Me and The Voice


At last my long time friend - Dato Harun, met Jamal Abdillah at The Istana Budaya.

Sunday 30 August 2009

My Humble Family members


Emy was off to Perth. Look at that Kurapak Guy. When he is around, it's merry-go-round. As for our Ahrol. just give him a guitar, he will make the day swing. O...those two young ladies...they are the cutest creatures on the planet.

What's so funny?


If it's not funny, you won't see Bujang Si-Gandam laughing like that. But how come our Brother Pehin looks so serious? O...maybe Bujang Si-Gandam just trying to make me happy even though the joke is sour. Whatever...I myself can't remember what the joke was. Could it be about 'kambing hitam and kambing putih'?

Tuesday 18 August 2009

Jacko dan Zemire

ANTARA JACKO DAN ZEMIRE
pengiranmetassan@yahoo.com

“Michael Jackson meninggal dunia, Bos!” Sel otaknya berteriak. Suaranya bagaikan halilintar sesat bertempik di dalam tempurong kepalanya, pitchingnya tinggi melangit mengalahkan suara Mariah Carey berbatu-batu.

Burhan baru saja membaca berita itu melalui internet. Hatinya bertinju antara percaya dan ragu kerana Jacko terkenal sebagai seorang yang mementingkan kesihatan; dia mempunyai doktor peribadi dan sering memakai mask bila pergi kemana-mana untuk mengelakkan serangan virus, microbes dan bakteria. Namun dia mati juga bila saat yang dinamakan kiamat kecil itu tiba. Tidak kira pangkat atau darjat, miskin waima pun kaya, semua orang pasti akan mati, bisik hati kecilnya.

“Betul, Bos. Jacko baru saja meninggal dunia. Cuba Bos buka website CNN, pasti berita mengenai kematiannya berlambak memenuhi dada media Amerika dan Eropah.” Tambah sel otaknya lagi. Kali ini nada suara sel otaknya turun satu oktaf.

Burhan gembira kerana mempunyai sel otak yang celik internet dan sentiasa up-to-date dengan percaturan hal ehwal semasa. Internet begitu canggih dalam merancakkan melodi informasi secara global, bisik hati kecilnya. Wajahnya sempat mengulum senyum. Sel otaknya merenjiskan endorphin tanda tumpang gembira dan ceria.

“Tu…lihat, Bos. Michael Jackson masih berhutang empat ratus juta dollar. Waduh…dahsyat, ya Bos!” Sel otaknya merujuk pada perenggan ketiga berita yahoo yang sedang diratah bosnya.

Kesian, bisik hati kecil Burhan. Legenda yang tersohor itu dibebani hutang yang banyak. Sebagai selebriti, Jacko terpaksa mempamerkan gaya-hidup yang mewah, glamor dan elit, meskipun sekadar kosmetik, bisik hati kecilnya lagi.

“Betul tu, Bos,” balas sel otaknya yang masih basah kuyup dibelai gel endorphin.

Sel otaknya turut mengiayakan bahawa banyak orang suka menunjuk-nunjuk walau terpaksa bergolok bergadai. Inilah juga antara penyebab utama bilangan warga gharimin semakin meningkat di negara ini, hati kecilnya mencelah. Hati kecil yang sentiasa mahukan reformasi! Hati kecil yang peka tentang kadar kemiskinan yang semakin meningkat.

“Pemakaian kad kredit juga adalah punca meningkatnya bilangan al-gharimin, Bos,” spontan sel otaknya mencelah. Betul, jawap hati kecilnya.

“Haha…Bos teringat pada Cikgu Mokhtar kan? Betulkan, Bos?” tanya sel otaknya. Sel otaknya memang amat kreatif dalam mencipta stress.

Tepat seperti jangkaan sel otaknya. Memang pada masa itu Burhan baru saja dipintas oleh imej Cikgu Mokhtar yang berhutang padanya sebanyak sepuluh ribu ringgit, malangnya Cikgu Mokhtar mati sebelum sempat membayar hutang tersebut. Cikgu Mokhtar meninggal dunia kerana serangan jantung. Hampir sama dengan cara Jacko menghembuskan oksigennya yang terakhir.

Cikgu Mokhtar mati membawa hutang. Jacko pun mati diiringi hutang. Sah telahan sel otaknya bahawa kematian Michael Jackson menumbuhkan bibit-bibit stress di kepala Burhan seratus persen!

“Cuba Bos bandingkan hutang Cikgu Mokhtar dan hutang Michael Jackson…Jaraknya macam bumi dengan bulan, Bos,” pakar pencipta stress mengusik lagi.

Hutang Michael Jackson akan dilangsai oleh insuran dan royalti dari jualan album dan memorabilianya. Tentang hutang Cikgu Mokhtar padanya, siapa yang akan melupuskannya? Tanya hati kecilnya.

Biduk stress semakin kental berpaut di dermaga kepalanya. Sel otaknya rasa menyesal pula bila melihat wajah Burhan bertukar dari setenang air di Tasek Lama menjadi serius meskipun tidak seserius wajah Yul Bryner atau Lee Van Cliff artis Hollywood yang diminati oleh bosnya itu.

“Jangan stress, Bos. Nanti tekanan darah naik. Silap haribulan, dapat one-way ticket ikut Michael Jackson pula ke akhirat,” Sel otaknya cuba mengikut gaya Si-Nabil pelawak kegemaran Burhan.

Burhan tersentak dari lamunannya. Dia cuba membuang imej Cikgu Mokhtar dari ingatannya. Betul kata sel otakku, buat apa dikusut-masaikan sangat isu wang sepuluh ribu ringgit yang lesap itu; wang bisa dicari, stress bisa bawa mati, bisik hati kecilnya dengan logat Jakarta yang dibuat-buat.

“Betul, Bos. Ada wang setinggi Banjaran Everest pun tidak ada gunanya jika kesihatan selalu terganggu,” sel otaknya mencelah. “Nanti suatu masa bila Bos memiliki wang yang banyak, jangan lupa pada orang susah, Bos. Bos tau…kelak di akhirat, Bos akan ditanya, dari mana Bos dapat wang itu. Dan kemana Bos membelanjakannya.” Sel otaknya sering kali juga menjadi penceramah bebas yang tidak diundang.

“Kebanyakkan orang kaya sering lupa diri, Bos. Padahal, harta itu tidak akan ikut ke kubur. Isteri yang cantik macam Manohara pun tidak akan sudi menemani Bos.” Penceramah bebas meneruskan kuliah paginya.

Burhan terus melayari semudera internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita sensasi Michael Jackson, ikon pop yang banyak menimbulkan kontroversi dan polemik itu. Moon-walknya akan tetap abadi dalam kenangan. ‘Thriller’, ‘Bellie Jean’, ‘Beat It’ akan terus digemari sepanjang zaman. Skandal-skandalnya juga akan abadi dalam ingatan.

Menurut Beyonce Knowles, Jacko adalah legenda pop yang tidak ada tandingannya. Madonna menangis semalaman. Mariah Carey tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang begitu mendalam. Nelson Mendela kirim takziah. Obama tidak lupa mengutus salam meskipun sibuk berunding di Russia. Pendek kata sahibul hikayat, kematian Jacko merupakan sebuah tragedi kepada dunia hiburan; sebiji bintang yang sukar untuk dicari gantinya. Jacko adalah Raja Pop di Planet Bumi. Mungkin moonwalknya tersohor hingga ke kubur, hati kecil Burhan sempat bercanda.

“Tulis oleh kamu sejarah anak manusia, kiranya dapat beta buatkan teladan untuk merealisasikan sebuah pemerintahan yang adil dan penuh makna untuk rakyat beta,” titah Raja Zemire kepada para ilmuan yang tersohor di Negeri Parsi, secara mendadak cebisan dari buku ‘Opinions of Jerome Coignard’ menyelinap di kepala Burhan ketika dia asyik melayari komen-komen terhadap Michael Jackson yang meninggal dunia secara mengejut itu.

“Bos masih ingat tulisan Anatole France itu kan?” sel otaknya menyampuk.

Tanpa memperdulikan celoteh sel otaknya, Burhan terus memfokas ingatannya kepada cerita rakyat Negeri Parsi itu. Seluruh para ilmuan bekerja keras untuk menunaikan perintah Raja Zemire dengan ingatan bahawa tulisan mereka akan menjadi pemangkin kepada sebuah pemerintahan yang adil yang akan membawa keamanan dan kemakmuran kepada rakyat jelata.

“Beta mahu negeri ini lebih gagah dan maju dari negeri Rom, China dan Mesir. Biar rakyat hidup aman dan makmor. Beta tidak mahu seorang pun dari rakyat negeri ini hidup dalam kemiskinan, justeru hasil bumi negeri ini akan beta manfaatkan untuk rakyat yang beta kasihi.” Semua para ilmuan tunduk hormat mendengar titah Raja Zemire.

“Teruskan, Bos,” sel otaknya mengambil tempat sebagai pakar motivasi.

Cerita yang ditulis oleh Anatole France itu meniti jelas di pesisir kepala Burhan.

“Beta perlukan rakyat yang berilmu, jujur, kreatif dan berdedikasi dalam menjulang kedaulatan negeri Parsi agar kita dihormati oleh dunia seluruhnya,” titah Raja Zemire dengan penuh semangat.

“Beta mahu negeri Parsi bebas dari korupsi, nepotisme dan kronisme.” Titah Raja Zemire seterusnya.

“Titah Tuanku akan patik laksanakan,” jawap salah seorang para ilmuan yang mewakili teman-temannya.

Setelah dua puluh tahun, para ilmuan datang menghadap Raja Zemire dengan membawa dua belas ekor unta, di belakang setiap unta terdapat lima ratus jilid buku yang mencatat sejarah anak manusia.

“Ya Allah…beta tidak ada masa untuk membaca semua ini. Beta boleh jadi gila dibuatnya. Sila kamu ringkaskan kandungan buku-buku ini,” Raja Zemire kelihatan terkejut melihat kedatangan unta-unta yang sarat dengan buku-buku itu.

“Bos ingat tak…koleksi Ben Gurion pun hanya setakat dua puluh ribu buah buku saja, Bos,” sel otaknya menyampuk untuk melegakan pikiran Burhan.

Burhan terus membinar ingatannya melayang ke ribuan tahun yang lalu di kala kedudukan Negeri Parsi seperti G8 ketika itu. Dia dapat membayangkan wajah Raja Zemire yang mempunyai wawasan untuk membahagiakan rakyatnya. Raja Zemire mahu seluruh rakyatnya menikmati kemakmuran Negeri Parsi. Raja Zemire tidak mahu melihat rakyatnya miskin dan menderita. Kesenangan rakyat adalah kebahagiaannya. Derita rakyat menjana kesedihannya.

Selang tidak berapa lama, para ilmuan itu kembali lagi dengan membawa longgokan buku yang diangkut oleh tiga ekor unta, setiap seekor membawa lima ratus jilid buku. Sekali lagi Raja Zemire meminta diringkaskan kandungan buku-buku tersebut. Jelas sekali di bebola mata Burhan, Raja Zemire tidak berdaya untuk menalaah kandungan buku-buku tersebut.

“Mungkin Raja Zemire sibuk dengan urusan-urusan lain, Bos,” sel otaknya mempromosi sikap busybodynya.

Burhan terus menumpukan pikirannya berlabuh di tengah kota Negeri Parsi untuk mengikuti episod Raja Zemire dan wawasannya. Dia dapat mendengar setiap patahan kata antara Raja Zemire dan para ilmuan itu dengan jelas. Sesekali dia dapat membayangkan dayang-dayang istana Raja Zemire yang berkulit putih melepak bak telur burung kiswari.

“Bos...gadis-gadis Parsi boleh tahan juga, ya Bos?” sel otaknya menggamit lamunannya.

Setelah berlalu sepuluh tahun, para ilmuan itu datang lagi menghadap Raja Zemire dengan membawa buku-buku yang dipikul oleh seekor unta. Ketika itu Raja Zemire sudah tua dan lemah. Baginda meminta kandungan buku-buku tersebut diringkaskan lagi seringkas-ringkasnya supaya dia dapat membaca apa yang tersirat dalam lipatan sejarah anak manusia.

“Tolonglah ringkaskan lagi kandungan buku-buku tersebut. Beta tidak berdaya untuk membacanya,” titah Raja Zemire dengan suara yang tersekat-sekat.

“Haha...bila sudah tua, mata sudah kabur...otak pun manja nak tidor…mau baca buku-buku yang banyak itu?...bukan Raja yang baca buku tapi buku yang baca Raja. Betulkan, Bos?” sel otaknya sempat berceloteh.

Burhan terus meratah sisa-sisa kisah Raja Zemire. Gurau senda sel otaknya membantu konsentrasinya.

Pada akhirnya hanya seorang saja ilmuan yang masih hidup. Ilmuan ini pun sudah terlalu tua dan lemah. Rambutnya sudah banyak yang gugur. Giginya hanya tinggal sebatang dua. Matanya juga sudah mulai kabur. Dia terpaksa dipapah kerana otot kakinya sudah tidak sekuat dulu.

“Mungkin masa muda dulu, ilmuan itu seorang pelari pecut, ya Bos?” Tanya sel otaknya.

Ilmuan itu membawa sebuah buku tebal yang diangkut oleh seekor keldai. Pada masa itu Raja Zemire sudah terlalu uzur dan sedang menunggu saat kematiannya.

“Mungkin beta akan mati sebelum tahu sejarah anak manusia,” kata Raja Zemire dengan nafas yang terputus-putus diselang-seli dengan batuk pertanda sakit dada yang kronik.

“Bila batuk, mesti tutup mulut. Virus selesma babi semakin bermaharajalela, Bos.” Sel otaknya membebel lagi. Namun pikiran Burhan terus melekat pada berbualan Raja Zemire dan ilmuan yang masih hidup itu.

Dengan tenang pendeta yang sudah berusaha mempelajari hikmah kehidupan manusia itu menjawap, “Jangan bimbang Tuanku…patik telah meringkaskan seluruh sejarah anak manusia kepada tiga perkataan sahaja, Tuanku,”

“Tiga perkataan?”

“Benar, Tuanku”

“Tiga?”

“Tiga, Tuanku.” Sambil menunjukkan tiga jari tangan kanannya.

“Lekas beritahu Beta tiga perkataan itu...sebelum Beta meninggalkan rakyat Beta untuk selamanya,” titah Raja Zemire diiringi dengan batu yang berangkai.

Pendeta itu melangkah mendekati Raja Zemire dan dia pun mengatakan rahsia hidup anak manusia itu dekat dengan cuping telinga Raja Zamire.

“Lahir....menderita dan mati, Tuanku.”

“Itu saja?”

“Itulah rentetan kehidupan, Tuanku.”

“Untuk semua manusia?”

“Benar...untuk semua manusia. Sama ada dia raja atau manusia biasa, Tuanku.”

“Semua orang menderita?”

“Itu adalah ujian hidup yang pasti, Tuanku. Sebelum kita kembali kepada Yang Maha Pencipta.”

Sebaik saja pendeta itu menjelaskan intipati kehidupan manusia kepada Raja Zemire, dia menoleh ke belakang dan anak matanya tepat berlaga dengan mata Burhan. Burhan tercagat memandang kedalam mata pendeta yang seakan mulut serombong yang memuntahkan lahar yang berupa hikmah.

“Cuba kamu fikirkan kisah Raja Zemire itu. Dia seorang yang kaya dan berkuasa. Parsi adalah sebuah kerajaan yang berdaulat dan dihormati. Namun dia tidak dapat menangkis maut. Siapa pun di atas muka bumi ini, kaya atau miskin, hina atau mulia, semua akan merasai mati,” kata pendeta itu dengan jelas dan lancar. Matanya terus menusuk ke mata Burhan.

“Kisah Raja Zemire sepatutnya menjadi renungan kepada semua orang yang masih hidup. Kekayaan dan kebesaran tidak akan kekal. Dari itu jangan sombong dan bongkak apabila kamu kaya dan berkuasa. Lihat di sana Raja Zemire yang sedang menghadapi maut. Dia sedang nazak. Beberapa detik saja lagi dia akan mati. Masa ini dia lupa akan segala kesenangan dan kebesaran yang pernah dinikmatinya.” Sambung pendeta itu lagi.

Burhan hanya diam mendengarkan taklimat pendeta yang sedang berada di peraduan Raja Zemire. Raja Zemire kelihatan semakin lemah, dahinya berpeluh, matanya yang cengkung sesekali terbuka dan mulutnya cuba mengatakan sesuatu dengan baki suara yang masih ada.

“Lahir...menderita dan mati,” ayat sakti yang baru didengarnya itu diulangnya beberapa kali.

“Aku tahu kamu baru membaca tentang kematian Jacko, Raja Pop pujaan ramai itu,” kata pendeta itu kepada Burhan.

Burhan terpukau mendengar kata-kata pendeta yang memandang tepat kedalam mata hatinya. Dia merasakan seperti sedang berada di dalam sebuah dimensi yang berlatarbelakangkan era kegemilangan kerajaan Parsi.

“Seluruh dunia sedih dan seakan tidak percaya bahawa ikon dunia hiburan itu mati secara mengejut dalam usia lima puluhan.” Sambung pendeta itu.

“Itulah keajaipan maut, ia datang tanpa diundang, tidak kira di mana atau bila. Maut mengingatkan manusia supaya tidak lupa diri, sentiasa peka bahawa pada ketika yang telah ditentukan oleh Zat Yang Maha Esa, kamu akan kembali kepada-Nya.” Kata pendeta itu lagi.

Malam itu selepas solat fardu isyaa, ketika dalam perjalanan pulang dari Masjid Kampong Bunut, Burhan ‘ditemani’ oleh tangan ghaib yang tidak dapat digugah. Antara sedar dan mimpi, ia memandu keretanya ke Makam seorang Wali Allah, berasal dari Hadhralmaut, yang datang ke Negara ini pada tahun 1340 Mesihi untuk menyebarkan risalah tauhid. Di Makam itu berdiri gagah seorang pemuda yang berbadan tinggi dan langsing.

Begitu ramah pemuda yang berkulit hitam manis, berambut ikal mencecah bahu itu menyapa Burhan dengan suara gemersik yang lembut dan mengusik hati,”Jangan lagi panggil aku Jacko. Namaku ialah Mikaeel. Mi..ka..eel. Aku telah menemui kedamaian yang ku impikan...inilah jalan yang lurus...inilah juga jalan yang dicari oleh Raja Zemire.”


31hb Julai 2009/9hb Sya’ban 1430